![MGF261220-MAJLIS-PENYERAHAN-CEK-MAJU-MIED11 M. Saravanan Indonesian domestic helpers foreign Malaysia maid workers](https://i1.wp.com/malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/06/MGF261220-MAJLIS-PENYERAHAN-CEK-MAJU-MIED11.jpg?resize=681%2C454&ssl=1)
KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanankecewa dengan tindak tanduk Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang dilihat suka ‘berdrama’ dalam isu buruh paksa.
Kata Timbalan Presiden MIC itu, sejak beberapa hari ini Ramasamy yang pada awalnya kelihatan begitu bersungguh-sungguh bercakap tentang buruh paksa di negara ini dengan mendakwa Saravanan mengambil mudah isu tersebut.
Bagaimanapun dakwa Saravanan, walaupun beliau sudah memberikan persetujuan untuk berdebat tentang isu tersebut namun Ramasamy berterusan mengeluarkan kenyataan provokasi.
“Jadi persoalan saya ketika ini, apa sebenarnya agenda Ramasamy? Nampak terang lagi bersuluh semua kenyataan ini hanya sekadar drama meraih publisiti sahaja.
“Saya sudah setuju apabila dicabar oleh beliau untuk berdebat dengannya tentang isu buruh paksa, bagus juga debat ini kerana semua dakwaan dikeluarkan oleh Ramasamy dan kawan partinya, Kulasegaran lebih kepada serangan daripada fakta berasas.
“Malah saya beri beliau kebebasan untuk pilih tarikh untuk tujuan debat itu namun saya pelik dengan perangainya seperti tidak perpuas hati sebaliknya berterusan mencari publisiti murahan.
“Jika ini berkaitan rakyat dan kepentingan negara jadi mengapa seperti ada agenda untuk menyerang saya? Ini isu buruh paksa bukannya masa cari publisiti.
“Kini Ramasamy juga mahu untuk bercakap bukan sahaja isu paksa sebaliknya juga isu-isu lain, jadi soalan saya apa sebenarnya yang kamu mahu? Adakah mahu terus berbalah dan lakukan provokasi ada lagi perkara lagi penting,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment