NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TAWAUfm siar azan Maghrib awal, RTM Sabah mohon maaf


KOTA KINABALU: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah hari ini memohon maaf kepada orang ramai atas kesilapan stesen radio kendaliannya TAWAUfm menyiarkan azan Maghrib lebih awal daripada waktu yang dijadualkan kelmarin.

Pengarahnya, Zulkefli Mohd, berkata jabatan itu menyedari kepentingan siaran azan khususnya pada waktu Maghrib sepanjang Ramadan sebagai panduan untuk umat Islam berbuka puasa, bagaimanapun penyiaran azan Maghrib empat minit lebih awal semalam adalah tidak disengajakan.

"RTM Sabah memandang serius perkara ini dan akan memastikan waktu siaran azan diberi perhatian dan keutamaan kerana membabitkan kepentingan umat Islam khasnya," katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, pada hari pertama umat Islam berpuasa, seorang penyampai stesen radio tempatan di Tawau telah tersilap menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal di daerah itu dan kejadian itu tular di media sosial sehingga netizen mendakwa ada penduduk tersalah berbuka puasa.

Penyampai itu Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya meminta maaf dan mengakui kesilapannya serta menjelaskan berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan Maghrib iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.

Hari ini, Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar dilapor, berkata individu yang tersalah berbuka puasa kerana mengikut azan Maghrib di radio yang disiarkan lebih awal daripada waktunya, puasa mereka dikira terbatal dan wajib diganti selepas bulan Ramadan berakhir mengikut hukum syarak.



Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo