NOTIS:

Belum ada lagi....

Rafizi ingatkan Saifuddin usah buat kenyataan memalukan




Rafizi ingatkan Saifuddin usah buat kenyataan memalukan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengingatkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk peribadi yang bertujuan memalukan orang lain.

Memetik sebuah portal berita pada Sabtu, Rafizi dilaporkan turut menyelar tindakan calon Timbalan Presiden PKR itu yang memberi kenyataan mengenai tindakannya ‘bercuti’ dari arena politik hingga mencetuskan kritikan terhadapnya.

“Jadi, mengapa jadikan saya sasaran kegagalan anda,” katanya.

Rafizi bagaimanapun dilaporkan tidak tersinggung dengan kenyataan dibuat Saifuddin Nasuition yang dianggap sebagai rakan baik, namun sekadar menjawab soalan dikemukakan ahli PKR di Permatang Pauh.

Dalam pada itu Rafizi menjelaskan, beliau telah menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) walaupun dirinya tidak dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan berhadapan kes mahkamah.

Beliau mendakwa telah memberi laluan kepada Saifuddin Nasution untuk menjawat jawatan Setiausaha Agung parti itu dan telah berkorban demi membantunya ketika ‘hilang kerja’ selepas tewas PRU13 pada 2013 ketika menentang calon UMNO bagi kerusi Kulim-Bandar Baharu.

Rafizi turut mendakwa, beliau adalah individu yang mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan Pulau Pinang pada 2017 untuk menyokong lantikan Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri ketika itu, Lim Guan Eng.

“Kerajaan Pulau Pinang terima kertas saya dan Saifuddin Nasution dapat jawatan itu.

“Saya juga meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung (pada 2016) untuk diserahkan kepada Saifuddin, sebab saya fikir ketika itu, jadi naib presiden sudah cukup,” katanya.

Pemilihan PKR dijadualkan akan berlangsung pada 13 hingga 18 Mei depan.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo