NOTIS:

Belum ada lagi....

Penguatkuasaan pelitup muka penandaan SIRIM ditangguhkan Januari depan

0
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum.

Kita telah berbincang petang ini untuk memberi peluang kepada industri dan pengguna bagi membuat penyesuaian, katanya.

Menurutnya, selepas pengumuman pewartaan dibuat, kementerian menerima banyak maklum balas termasuklah keresahan pengguna.

Pengguna fikir mungkin berlaku kenaikan harga pelitup muka namun SIRIM QAS International Sdn Bhd telah memberi jaminan akan mengenakan caj yang rendah kepada pengimport dan pengilang, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama industri sempena pewartaan dan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan dan Peranti Rokok Elektronik dekat sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Alexander berkata, pelitup muka yang berasaskan fabrik juga dalam kategori yang sama dan perlu mendapat pengesahan dari SIRIM.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo