NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS mahu satukan ummah, masyarakat majmuk


MARANG:
 PAS mengulangi pendirian mahu menyatukan ummah dalam kalangan orang Islam dan masyarakat majmuk di negara ini.

Presidennya, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS terbuka untuk sedia bersama siapa sahaja bagi menjayakan agenda Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya, PAS masih berusaha untuk menyatukan MN yang tidak terhad kepada dua parti Umno dan PAS sahaja.

“Kita berhubung dengan semua orang, kita terbuka. Kita hendak menyatukan ummah, menyatukan orang Islam dan menyatukan masyarakat majmuk.

“Kita masih usaha nak menyatukan dan MN itu tidak terhadlah untuk dua parti (Umno-PAS) sahaja. Mana-mana parti yang boleh menerima konsep kita, dasar itu Perpaduan Ummah, kita terima,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media, semalam berkaitan ‘PAS main dua kolam’ dan bagaimana hubungan dengan MN.

Katanya, PAS masih berusaha ke arah penyatuan itu dan selaras dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, beliau turut dimaklumkan mengenai pertemuan antara Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut membayangkan akan bertemu dengan Dr Mahathir demi agenda menyatukan ummah.

“Ya, saya dimaklumkan (pertemuan) itu dan kita sedia jumpa dengan siapa sahaja. Insya-Allah, akan diatur. Kita hendak menyatukan ummah,” tegasnya. 

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
– HARAKAHDAILY 2/4/2022






............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo