NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Indonesia henti sementara eksport minyak sawit



JAKARTA: Kesatuan Petani Kelapa Sawit Indonesia menyokong larangan kerajaan terhadap eksport kelapa sawit dan menyifatkannya sebagai langkah sementara yang diperlukan.

Tindakan negara pengeluar kelapa sawit dan pengeksport terbesar dunia itu bertujuan memastikan bekalan dan harga mampu beli minyak masak di pasaran domestik.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Joko Widodo, mengumumkan Jumaat lalu bahawa Indonesia akan menghentikan eksport minyak masak dan minyak sawit mentah ke luar negara bermula 28 April ini.

Larangan eksport itu menyebabkan harga minyak kacang soya melambung ke paras tertinggi di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan global minyak sayur-sayuran alternatif yang berkurangan.

Kesatuan petani berkata ia menghargai larangan sementara oleh kerajaan itu dan menyalahkan syarikat kelapa sawit yang lupa menunaikan tanggungjawab mereka bagi memenuhi keperluan domestik.

Setiausaha Agungnya, Mansuetus Darto, dalam satu kenyataan, berkata mereka percaya dengan langkah yang diambil presiden bagi memastikan bekalan domestik minyak masak.

Sesetengah ahli politik mengkritik larangan eksport itu dan menyatakan ia akan merugikan jutaan petani kecil, manakala pakar ekonomi memberi amaran kehilangan pendapatan eksport.

Menurut Suruhanjaya Bahana, eksport minyak kelapa sawit Indonesia kebiasaannya bernilai AS$3 bilion (RM13 bilion) sebulan.

Kerajaan bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama larangan itu akan berkuatkuasa dan jenis produk kelapa sawit yang akan terjejas.

Harga global minyak kelapa sawit mentah melonjak ke paras tertinggi tahun ini berikutan permintaan tinggi dan penurunan pengeluaran daripada pengeluar terbesar iaitu Indonesia dan Malaysia.

Harga runcit minyak masak di Indonesia pernah meningkat lebih daripada 40 peratus.

Usaha terdahulu untuk mengurangkan harga termasuk subsidi dan larangan eksport antara akhir Januari dan pertengahan Mac bukan saja gagal menurunkan harga minyak, malah memburukkan lagi harga di pasaran global.

Darto berkata kilang penapisan di sesetengah kawasan sudah mengurangkan harga pembelian tandan segar buah kelapa sawit walaupun masih belum mengurangkan tahap pembelian memandangkan kilang membuat spekulasi mengenai berapa lama larangan itu akan bertahan. - REUTERS






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo