NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga runcit RON97 naik kepada RM3.94 seliter, RON95 dan diesel kekal

Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petrolum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter kepada RM3.94 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 4 Mei.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran," menurut kenyataan itu.
Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petrolum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
MOF turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo