NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih baik tarik semua sekatan Covid-19, kata ahli ekonomi


PETALING JAYA:
Pakar ekonomi menyifatkan tindakan kerajaan melonggarkan lagi peraturan Covid-19 dan SOP, sebagai “terlalu lewat”.

Mereka berkata, adalah lebih baik menghapuskan semua sekatan bagi mempercepat pemulihan ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) Firdaos Rosli, berkata sekatan sepatutnya ditarik balik selepas negara bertukar ke fasa peralihan endemik, jika tidak lebih awal.

“Semua kebebasan dan pergerakan sepatutnya dipertimbangkan lebih awal, ketika negara bertukar ke fasa peralihan endemik, pada 1 Apr,” katanya kepada FMT.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) Firdaos Rosli.

Katanya, mengambil kira peratusan tinggi populasi sudah divaksin lengkap, justeru adalah lebih baik semua sekatan dihapuskan untuk rakyat kembali meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Sehingga hari ini, data Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 80% daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya dua dos vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, hari ini, mengumumkan kelonggaran terbaharu peraturan Covid-19 dan SOP, bermula 1 Mei, termasuk membenarkan kemasukan individu ke premis tanpa mengambil kira status vaksinasi, selain menarik balik penjarakan fizikal dan imbasan daftar masuk MySejahtera. Pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.

Dengan kelonggaran SOP, Firdaos berharap ekonomi kembali pulih, terutama membabitkan sektor runcit dan perkhidmatan. Bagaimanapun, beliau tidak optimis situasi sama akan berlaku terhadap sektor pelancongan.

Geoffrey Williams.

“Sektor pelancongan tidak akan pulih seperti tahap sebelum pandemik, terutama China, sumber kedua tertinggi kemasukan pelancong ke Malaysia selepas Singapura, sedang bergelut menurunkan jumlah jangkitan. Beijing sedang melihat kemungkinan menguatkuasakan sekatan pergerakan,” katanya.

Dalam pada itu, Geoffrey Williams dari Malaysia University of Science and Technology (MUST), berkata beliau juga menyokong gesaan menamatkan semua sekatan Covid-19 kerana pematuhan semakin lemah.

“Sebenarnya, SOP secara meluas tidak dihiraukan lagi dan kerajaan hanya tunduk kepada perkara yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME) Carmelo Ferlito.

Williams memberi amaran bahawa masih ada sesetengah komuniti perubatan yang enggan “melepaskan kawalan”, justeru kemungkinan saki baki sekatan yang “tidak mempunyai fungsi dan tidak mampu dikuat kuasakan”.

“Sebagai contoh, pemakaian pelitup muka dalam kawasan tertutup boleh menjadi sia-sia susulan orang ramai mudah menjarakkan diri daripada satu sama lain. Selain itu, ia hampir tidak dapat dikuat kuasakan di pejabat sekiranya tiada pihak yang peduli, atau dalam kenderaan e-hailing, kecuali pemandu berkeras,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME) Carmelo Ferlito, menyifatkan kelonggaran peraturan Covid-19 sebagai “tindakan pada landasan tepat”.

“Diharapkan, perubahan ini membawa semula keyakinan dalam kalangan pengguna dan pelabur, serta memberi anjakan kepada negara ini pada laluan pemulihan,” katanya.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo