NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elon Musk miliki 9% pegangan saham pada Twitter


Elon Musk yang terkenal dengan syarikat Tesla dan juga SpaceX, hari ini turut membuat kejutan apabila dilihat mengambil pegangan pasif sebanyak 9% pada Twitter.

Langkah Elon Musk ini turut membuatkan harga saham Twitter melonjak sebanyak 25% pada hari Isnin ini. Pegangan Elon Musk pada Twitter ini dianggarkan bernilai sekitar $2.8 bilion.

Pegangan ini juga menjadikan Elon Musk pemegang saham terbesar di Twitter. Pengasas Twitter sendiri, iaitu Jack Dorsey mempunyai pegangan sekitar 2.25% pada syarikat media sosial berkenaan.

Sebelum ini, pada minggu lepas, Elon Musk telah mengacah ingin membangunkan platform media sosial tersendiri. Beliau agak vokal di media sosial Twitter, dan kini platform berkenaan turut menjadi syarikat dibawah portfolio beliau.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo