NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Kadar lebihan kematian Malaysia rendah berbanding negara lain

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan kajian, lonjakan lebihan kematian hanya direkodkan antara Julai dan Ogos 2021 yang disebabkan gelombang varian Delta. - Gambar fail/ BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kajian lebihan kematian (excess mortality) yang dijalankan kumpulan penyelidik tempatan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 mendapati Malaysia berada di kedudukan yang baik berbanding negara-negara lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah susulan tindak balas negara ketika mendepani COVID-19.
Katanya, berdasarkan kajian tersebut, lonjakan lebihan kematian hanya direkodkan antara Julai dan Ogos 2021 yang disebabkan gelombang varian Delta."Semasa berlakunya lonjakan kes yang disebabkan varian Delta, kita telah meningkatkan liputan vaksinasi di Lembah Klang dan tindakan itu ternyata dapat mengawal jangkitan varian Delta dengan cepat.
"Usaha itu menurunkan kes positif dengan cepat, lebih baik daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya dalam sesi libat urus mengenai Lebihan Kematian Semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia yang diadakan secara dalam talian di sini, pada Isnin.
Antara ahli panel yang terlibat, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM, Datuk Dr P Kalaiarasu dan Ketua Unit Pusat Penyelidikan Tinjauan Institut Kesihatan Umum, Institut Kesihatan Negara, Dr Shubash Shander Ganapathy.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, tindakan kesihatan awam yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada peringkat awal penularan COVID-19 iaitu antara Mac 2020 hingga Jun 2021 membuktikan ia adalah langkah yang baik.
"Apa yang kita lihat adalah kepatuhan kepada prosedur operasi standard yang penting, bukannya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya lagi.
Excess mortality atau lebihan kematian merujuk kepada bilangan kematian dalam tempoh tertentu melebihi kadar biasa, yang antara lain disebabkan oleh penyakit berbahaya.
Sumber | Astro Awani





















............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo