NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berat Bella makin bertambah, keadaan makin pulih


PETALING JAYA:
Keadaan mangsa dera remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella semakin pulih, malah beratnya juga bertambah susulan penjagaan rapi yang diterima.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang berkongsi keadaan terkini Bella berkata, beliau bersyukur mendapati remaja perempuan itu menunjukkan perubahan positif setelah berada di bawah jagaan kementeriannya.

“Alhamdulillah, setelah sembilan bulan berada di dalam jagaan kami di tempat selamat, adik Bella sudah mula menunjukkan perubahan yang amat positif.

“Adik Bella yang saya jumpa kali pertama sudah jauh berbeza dengan adik Bella yang sekarang. Keadaan adik Bella semakin baik. Luka di badannya juga telah kembali pulih.

“Keadaan emosi adik Bella juga semakin baik sekarang ini. Sudah tersenyum riang bila berbicara. Jangan tak tahu, berat badannya juga semakin bertambah kerana mendapat pemakanan berkhasiat,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, Bella dikesan mempunyai bakat terpendam yang gemar mewarna dan melukis dan pihaknya akan mengasah bakat ini sebaik mungkin agar dia dapat mengisi masa lapangnya dengnan aktiviti tersebut.

Pada masa sama, beliau memohon maaf kerana jarang berkongsi perkembangan terkini Bella dan meminta semua pihak mendoakan agar keadaan Bella semakin pulih.

“Apa yang lebih penting ialah kesejahteraan adik Bella sendiri. Sekarang dah boleh bergurau senda, melakukan pelbagai aktiviti dan bermain bersama rakan-rakan. Kami juga juga sentiasa memastikan rawatan susulan diberikan terhadap adik Bella.

“Marilah kita bersama berdoa semoga urusan perbicaraan kes adik Bella berjalan lancar dan sempurna. Sama-sama kita doakan agar adik Bella terus berada didalam keadaan sejahtera,” katanya. – UTUSAN


............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo