NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

YouTube tawarkan penstriman siri TV percuma dengan sokongan iklan


Beberapa percubaan YouTube sebelum ini untuk menjadi platform penstriman kandungan asli tidak berjaya. Maka langkah seterusnya mungkin menjadi platform penstriman kandungan percuma dengan sokongan iklan pula. Hari ini YouTube mula menawarkan penstriman beberapa siri TV seperti  Hell’s KitchenAndromedaHeartland dan banyak lagi secara percuma di Amerika Syarikat.


Lebih 4000 episod pelbagai siri TV boleh distrim percuma dengan sokongan iklan. Dengan penawaran ini mereka menambah sokongan menstrim filem secara percuma dengan iklan yang ditawarkan sebelum ini juga hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat. Kesemua kandungan ini boleh diakses menerusi laman web, aplikasi telefon pintar dan aplikasi televisyen pintar.

Dengan pelbagai isu pelesenan, penawaran yang sama untuk penonton di Malaysia mungkin tidak akan ditawarkan. Oleh itu jika anda ingin juga mengakses ciri ini, sila gunakan perkhidmatan VPN.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo