NOTIS:

Belum ada lagi....

Microsoft sahkan sebahagian kod sumber tertiris tetapi data pengguna masih selamat

0

Semalam kumpulan penggodam Lapsus$ mengatakan mereka berjaya mengakses data Microsoft dengan kod sumber beberapa produk telah dicuri. Pagi tadi Microsoft mengesahkan mereka menjadi mangsa serangan Lapsus$ tetapi hanya sebahagian kod sumber produk telah dicuri.

Mereka menegaskan juga data serta maklumat peribadi pelanggan masih lagi selamat. Antara kod sumber yang dicuri adalah untuk Cortana dan Bing. Akses kepada data Microsoft dilakukan selepas satu akaun berjaya diakses oleh Lapsus$ dengan saiz sekitar 37GB. Ubisoft, Okta dan Samsung turut menjadi mangsa serangan Lapsus$ sejak seminggu yang lalu.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo