NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tok Guru positif COVID-19


KUALA TERENGGANU: Tan Sri Abdul Hadi Awang

disahkan positif COVID-19, bagaimanapun keadaan kesihatan Presiden PAS itu dilaporkan tidak membimbangkan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri-, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang disahkan positif virus itu, tetapi hanya mengalami gejala ringan.

Beliau berkata, Abdul Hadi kini sedang menjalani kuarantin di kediamannya dan berada dalam keadaan baik.

"Bersamalah kita mendoakan kesihatan ayahanda tuan guru (Abdul Hadi).

"Mohon doa kepada ayahanda Tuan Guru supaya diberi kesembuhan segera selepas disahkan positif COVID-19," katanya melalui Facebook (FB) hari ini.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo