NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TH sambut baik keputusan Arab Saudi tarik balik beberapa sekatan COVID-19

TH menyambut baik pengumuman Kerajaan Arab Saudi menarik balik beberapa sekatan berkaitan COVID-19 termasuk perjalanan, penjarakan fizikal, ujian antigen pantas dan kuarantin wajib bagi kemasukan ke negara itu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman Kerajaan Arab Saudi menarik balik beberapa sekatan berkaitan COVID-19 termasuk perjalanan, penjarakan fizikal, ujian antigen pantas dan kuarantin wajib bagi kemasukan ke negara itu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata TH yakin Kerajaan Arab Saudi telah meneliti pelbagai aspek bagi memastikan keselamatan penduduk serta jemaah umrah dan haji terjamin.
"Keputusan yang dibuat ini adalah susulan situasi COVID-19 yang bertambah baik di negara tersebut. Bagaimanapun, rakyat dan pelancong luar masih perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.
BACA: Arab Saudi mansuh semua sekatan COVID-19
Menerusi catatan di akaun Twitter rasmi pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian tindak balas berantai polimerase masa nyata (PCR), sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.
Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.
-- BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo