NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Telegram tambah “Download Manager”, mudahkan lagi pengurusan muat-turun


Telegram pada hari ini sedia menawarkan kemudahan menghantar fail sehingga 2GB setiap satu, dengan penawaran storan awan tanpa had melaluinya. Hal ini turut membuatkan ramai menggunakan Telegram untuk menghantar dan menerima pelbagai fail dan dokumen.

Terbaru, melalui kemaskini terkini, Telegram turut hadir dengan sebuah “Download Manager” khas untuk memudahkan anda menguruskan proses muat-turun fail dan dokumen menggunakan aplikasi permesejan berkenaan.

Terbaru, ketika anda sedang muat-turun sesuatu di Telegram, ia akan memaparkan ikon khas pada bahagian bar carian. Disamping itu, anda turut boleh tap pada bahagian kotak carian, dan memilih tab “Downloads” untuk melihat proses muat-turun daripada pebagai tetingkap sembang di satu lokasi dengan mudah.

Menariknya juga, anda boleh mengawal keutamaan muat-turun melalui tab ini – sekaligus mempercepatkan lagi sesuatu muat-turun.

Bagi anda yang menggunakan Telegram, kemaskini aplikasi anda ke versi terbaru, dan nikmati ciri ini hari ini.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo