NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kini anda boleh melantik moderator bagi penstriman Instagram Live


Instagram kini akhirnya menambah salah satu ciri yang dinantikan ramai pengguna aktif platform berkenaan, iaitu kebolehan menambah moderator ketika anda sedang melakukan penstriman langsung melalui Instagram Live.

Dengan langkah ini, seseorang pengguna boleh melantik seseorang menjadi moderator, dan seterusnya moderator berkenaan boleh mengawal interaksi yang berlaku dalam penstriman langsung berkenaan – sementara pengguna tersebut boleh memfokuskan kepada penstriman langsung.

Moderator juga turut boleh melaporkan komen, membuang seseorang penonton, atau mematikan ciri komen untuk seseorang.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka diterima semua pengguna Instagram tidak lama lagi.

Sumber | Amanz 




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo