NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Telegram kini menyokong penstriman langsung daripada aplikasi OBS Studio dan XSplit


Telegram sedia menawarkan sokongan penstriman langsung pada platform mereka. Melaluinya, seseorang boleh memulakan penstriman video langsung terus pada Telegram Groups atau Channel, tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan.

Namun, kini Telegram turut memperluaskan ciri Telegram Live dengan menambah sokongan aplikasi penstriman pihak ketiga. Ciri ini ditujukan untuk penstriman yang lebih profesional, membolehkan anda menambah lapisan tambahan pada video ketika sedang melakukan penstriman – termasuk menukar skrin paparan, menambah teks, dan sebagainya.

Dengan langkah ini juga, anda boleh menggunakan perisian seperti OBS Studio dan XSplit Broadcaster untuk tujuan penstriman.

Bagi anda yang menggunakan Telegram Live, ada boleh memilih “Start With”, dan seterusnya memasukkan maklumat berkenaan pada perisian penstriman berkaitan.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo