NOTIS:

Belum ada lagi....

Malaysia jalankan penyelidikan penghasilan benih padi kalis banjir dan kemarau


Perdana Menteri kini telah meminta agar MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui Agensi Nuklear Malaysia untuk menjalankan penyelidikan bagi penghasilan benih padi yang berdaya tahan tinggi jika ditenggelami air – khususnya apabila berlaku banjir.

Hal ini selari dengan cuaca ekstrem tidak menentu akhir-akhir ini, sekaligus membantu petani dan pesawah agar tidak rugi tanaman jikalau berlaku banjir.

Untuk makluman, Agensi Nuklear Malaysia sedia melakukan penyelidikan bagi menghasilkan variasi benih padi yang ditambah-baik. Buat masa ini, salah seorang pegawai penyelidik Agensi Nuklear Malaysia sedang membuat kajian PhD untuk mendapatkan padi yang rintang banjir melalui kacukan balik bersama benih padi berbeza.

Pada masa yang sama juga, penyelidikan padi tahan kemarau juga sedang dibuat tahun ini, menggunakan padi tradisional wangi hitam diaruh mutasi menggunakan alur ion khidmat sinaran yang diperoleh daripada Quantum and Radiological Science and Technology.

Seperti pelbagai kajian, penyelidikkan ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum variasi padi yang berpotensi dihasilkan untuk kegunaan petani dan pesawah.

Sebelum ini, di Jepun, mereka turut sedang melakukan kajian dan menghasilkan padi kalis air masin.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo