NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Starbucks Mobile Order & Pay kini boleh digunakan pada lebih 110 Starbucks di Malaysia


Starbucks Malaysia kini mengumumkan ciri Mobile Order & Pay kini tersedia di 110 cawangan Starbucks di Malaysia.

Melalui ciri ini, pengguna boleh melakukan tempahan minimum Starbucks terus melalui aplikasi mudah-alih, dan seterusnya singgah serta ambil minuman berkenaan tanpa tunggu untuk tempoh masa yang lama.

Ini sekaligus akan menjimatkan masa anda darii segi perlu beratur tunggu ke kaunter, dan menantikan air disiapkan untuk anda.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengakses aplikasi Starbucks di Android atau iPhone, dan seterusnya tap pada menu “Order”. Kemudian, ada boleh memilih lokasi Starbucks yang anda ingin singgah dan ambil minuman, dan memilih air yang anda ingin tempah.

Anda boleh melakukan pembayaran terus melalui kredit Starbucks anda.

Dengan langkah ini, anda boleh mengurangkan pembaziran masa, dan merancang hari anda dengan lebih baik lagi.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo