NOTIS:

Belum ada lagi....

Mulai 1 April Selangor benarkan solat rapat saf di masjid, surau

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri ini dirapatkan saf seperti biasa mulai 1 April ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan tersebut dibuat setelah baginda mengadakan satu rundingan bersama beberapa agensi kerajaan negeri dan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.

Menurutnya, baginda berkenaan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara untuk mengelakkan kesan mendalam akibat Covid-19, di samping memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dan institusi masjid serta surau terus berfungsi sebagai pusat ibadah di Selangor.

Selain itu, Mohd Shahzihan turut memaklumkan Sultan Sharafuddin berkenan solat tarawih dibenarkan untuk dilaksanakan dengan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di Selangor.

"Hanya individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin Covid-19, membawa sejadah dan memakai pelitup muka termasuk sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan surau.

"Individu yang bergejala diminta menangguhkan dari menghadiri sebarang aktiviti di masjid dan surau sehingga tahap kesihatan dapat dipastikan demi menjaga kesejahteraan jemaah lain," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Namun begitu, Mohd Shahzihan berkata, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa bimbang dengan penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi di Selangor.

Oleh itu, baginda menasihati rakyat Selangor untuk terus berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh kementerian dari semasa ke semasa.

"Baginda masih bimbang penularan wabak Covid-19 masih tinggi di Selangor yang mencatat jumlah kematian sebanyak 10,413 setakat 19 Mac lalu dengan lebih 50 peratus daripadanya adalah orang Melayu.

"Oleh yang demikian, baginda menasihati rakyat Selangor agar tetap berhati-hati dan terus mematuhi SOP serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa," katanya.

Sumber | SH 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo