NOTIS:

Belum ada lagi....

Russia guna peluru berpandu hipersonik

Gambar fail menunjukkan jet supersonik interseptor MiG-31 milik Russia membawa peluru berpandu hipersonik Kinzhal (Pisau) terbang merentasi Red Square di Moscow ketika perarakan tentera sempena Hari Kemenangan. - Foto Foto AFP

MOSCOW: Russia menggunakan peluru berpandu hipersonik Kinzhal terbarunya semalam untuk memusnahkan lokasi penyimpanan peluru berpandu dan peluru bawah tanah di barat Ukraine.

Penganalisis merumuskan ini adalah kali pertama penggunaan senjata sedemikian di dunia, yang menyasarkan lokasi berhampiran sempadan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Romania.

Pengumuman itu dilakukan Kementerian Pertahanan pada hari ke 24 konflik apabila rakyat Ukraine terus memberikan tentangan sengit sehingga mampu menghalang kemaraan tentera Russia.

Russia belum pernah menggunakan senjata berketepatan tinggi itu dalam pertempuran dan menurut agensi berita rasmi, RIA Novosti, ia adalah penggunaan pertama senjata hipersonik Kinzhal (Pisau) semasa konflik Ukraine.

"Sistem peluru berpandu penerbangan Kinzhal itu dilengkapi dengan peluru berpandu aerobalistik hipersonik.

"Ia memusnahkan gudang besar bawah tanah yang mengandungi peluru berpandu dan peluru penerbangan di kampung Deliatyn di wilayah Ivano-Frankivsk," kata Kementerian Pertahanan Russia.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Pertahanan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Presiden Russia, Vladimir Putin, menggelar Kinzhal sebagai 'senjata ideal' yang terbang pada kelajuan 10 kali ganda lebih laju berbanding kelajuan bunyi dan boleh mengatasi sistem pertahanan udara.

Peluru berpandu Kinzhal adalah satu daripada pelbagai senjata baharu dibangunkan Russia yang diperkenalkan Putin dalam ucapannya pada 2018.

"Ini adalah kes pertama penggunaan senjata hipersonik dalam pertempuran di dunia," kata penganalisis tentera, Vasily Kashin, kepada AFP.

Russia mendahului perlumbaan hipersonik, diikuti oleh China dan Amerika Syarikat (AS) manakala beberapa negara lain sedang mengusahakan teknologi itu. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo