NOTIS:

Belum ada lagi....

PRN Johor: Pengundi Johor semakin terima Pejuang - Mukhriz


BUKIT KEPONG: Selepas enam hari berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) optimis parti itu semakin dikenali dan diterima pengundi di negeri berkenaan.
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ia termasuk sokongan masyarakat Orang Asli yang dilihat yakin dengan rekod cemerlang pimpinan tertinggi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya akui bahawa parti kami ini sebuah parti yang baharu walaupun pemimpinnya orang lama dan lambang kami pun belum cukup dikenali oleh orang ramai.
“Tetapi berbanding dengan seminggu lepas apabila saya dan calon bergerak berjumpa orang ramai, mereka sudah mengenali kami semua ini daripada parti Pejuang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi calon Pejuang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong Md Taib Md Suhut berkempen di Perkampungan Orang Asli di Kampung Sentosa di sini petang Khamis.
Dalam pada itu, mengulas soal keyakinan memenangi 42 kerusi DUN yang dipertaruhkan pada PRN Johor kali ini katanya, masih terlalu awal untuk membuat ramalan ketika ini.
Bagaimanapun katanya, selain memperkenalkan parti kepada rakyat, parti itu juga kini dalam fasa menguar-uarkan tawaran kepada pengundi seluruh negeri ini terutamanya masyarakat luar bandar.
“Sekarang ini parti dalam fasa memperjelaskan tawaran kepada pengundi dan sokongan daripada pengundi termasuk masyarakat Orang Asli juga dilihat positif.
“Kita melihat masyarakat Orang Asli ini yakin dengan ‘track rekod’ Tun Mahathir yang begitu cemerlang kerana mereka tahu beliau seorang pemimpin yang tidak pernah mungkir janji,” tambahnya.
Sumber | Astro Awani



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo