NOTIS:

Belum ada lagi....

Polis Marin rampas 155 tan kayu bakau

0
Kayu balak bakau pelbagai saiz yang dirampas pasukan URM PPMW5 Sarikei di Hulu Sungai Belawai. - Foto Erika George

SARIKEI: Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarikei merampas 200 batang kayu bakau yang tidak mempunyai cop Jabatan Hutan (JH) dianggarkan bernilai RM82,250 di tebing Hulu Sungai Belawai.

Komander PPMW5 Sarawak, Komander ACP Zulfikar Mohd Ghazali, berkata berdasarkan maklumat awam pemeriksaan menjumpai longgokan kayu balak bakau pelbagai saiz dan jenis yang belum sempat dipunggah.

"Semua kayu balak berkenaan tidak mempunyai cop "JH" sekali gus melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015," katanya sambil menambah secara amnya harga pasaran semasa bagi satu tan kayu bakau di negeri ini dianggarkan RM540 satu tan.

Sumber | BH Online





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo