NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perintah berkurung COVID-19 di Shenzhen gugat pelabur

Orang ramai berbaris bagi menjalani ujian asid nukleil bagi COVID-19 di Shenzhen, China. - Foto AFP

BEIJING: Shenzhen, yang dikenali sebagai Lembah Silikon China, yang kini terpaksa dikenakan perintah berkurung akibat COVID-19, membuatkan pelabur global mula rasa tergugat.

Pusat pembuatan yang menjadi pembekal utama peralatan telefon mudah alih sehinggalah aplikasi permainan dalam talian yang dihasilkan pakar teknologi terbaik China itu kini terjejas teruk akibat pandemik sehingga menggusarkan pasaran.

Penduduk di bandar dengan 17.5 juta penduduk itu diarah supaya tidak keluar rumah melainkan perlu dan pengangkutan awam dihentikan ketika negara terbabit berdepan penularan terburuk sejak dua tahun.

Kebanyakan firma diminta beralih kepada bekerja dari rumah, yang mustahil bagi banyak kilang, dengan gangguan itu mencetuskan kegelisahan rantaian bekalan dan perkhidmatan.

Shenzen, pusat bagi gergasi teknologi China termasuk Huawei dan Tencent, menduduki tempat ketiga di antara bandar raya China bagi sumbangan ekonomi, dengan sebarang penutupan berpanjangan akan dirasai secara ketara.

Penganalisis firma perkhidmatan kewangan Bocom International, Hong Hao, berkata ia adalah hab pembuatan dan pusat teknologi untuk China, di mana sekatan pergerakan adalah sangat ketara dan dikhuatiri kesan penuh masih belum didedahkan.

"Ia adalah kesan berterusan, mereka akan bekerja dengan kurang cekap berbanding sebelum ini," katanya sambil menambah bahagian lain China yang bergantung kepada pengeluaran Shenzhen boleh terjejas.

Ketika ini, pembekal utama Apple Foxconn sudah menggantung operasi di Shenzhen manakala pengeluar teknologi lain seperti Netac Technology turut menghentikan beberapa pengeluaran.

Produk mekanikal dan elektronik membentuk 80 peratus daripada eksport daripada kuasa besar selatan itu, yang berjiran dengan Hong Kong.

Ketua ekonomi Pinpoint Asset Management, Zhiwei Zhang, berkata kegunaan akan 'cedera dengan cepat lagi teruk' akibat sekatan pergerakan, diikuti sektor pengeluaran dan pelaburan.

Sekurang-kurangnya enam syarikat dalam senarai pembekal Apple dan firma kenderaan elektrik BYD yang berpangkalan di Shenzhen terpaksa menstruktur semula, namun beberapa perniagaan dianggap penting tetap beroperasi.

Sekatan di seluruh negara menjejaskan hab utama, boleh meningkatkan tekanan ke atas sasaran pertumbuhan China sekitar 5.5 peratus yang menjadi sasaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan, terendah sejak beberapa dekad lalu.

Kedudukan Shenzhen yang hampir dengan Hong Kong, yang kini dilanda gelombang terburuk ancaman coronavirus, turut mencetuskan kebimbangan mengenai cabaran bagi menghentikan jangkitan. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo