NOTIS:

Belum ada lagi....

Kastam Singapura rampas 1,020 karton rokok elak cukai

0

SINGAPURA: Seorang pemandu warga Malaysia berusia 29 tahun ditahan Sabtu lalu selepas 1,020 karton rokok tidak dibayar cukai ditemui di dalam traknya.

Jumlah cukai duti dan barangan dan perkhidmatan yang dielak berjumlah kira-kira SGD$87,100 (RM268,765) dan SGD$6,930 (RM21,384), kata Kastam Singapura semalam, lapor akhbar The Straits Times.

Dia ditahan dalam satu gerakan pada Sabtu lalu di sekitar Tuas South Walk.

Pegawai Kastam Singapura terlihat kepala lori yang didaftarkan di Malaysia, dipasang pada sebuah treler serta sebuah trak berdaftar Singapura diletakkan bersebelahan di tepi jalan.

Mereka menemui 1,020 karton rokok elak cukai di dalam trak itu, yang diambil dari petak yang diubah suai di papan lantai treler.

Rokok terbabit serta dua kenderaan itu dirampas dan prosiding mahkamah terhadap lelaki berkenaan sedang berlangsung.

Kastam Singapura memberi amaran bahawa membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan cukai barangan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielakkan, penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kenderaan yang digunakan bagi melakukan kesalahan itu boleh dilucutkan," katanya. - AGENSI




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo