NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ minta penjelasan EU mengenai pengiktirafan Sinovac

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata dia akan mendapatkan penjelasan daripada duta Kesatuan Eropah, Michalis Rokas berhubung pengiktirafan vaksin Sinovac di Kesatuan Eropah (EU).

"Rakyat Malaysia boleh minta dos tambahan untuk tujuan pengembaraan. Jadi mereka boleh minta dan kita akan bertimbang rasa. Tetapi dari segi penerimaan Sinovac contohnya di Australia tiada masalah, di UK atau Amerika Syarikat tiada amsalah.

"Cuma saya akan berhubung dengan Kesatuan Eropah untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara tersebut," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Utusan semalam melaporkan penerima Sinovac di negara ini berisiko tinggi untuk dihalang memasuki mana-mana negara di Kesatuan Eropah, berikutan tidak diiktiraf oleh Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA).
http://www.1media.my/2022/03/dua-beradik-dilayan-macam-penjenayah-di.html
Secara kebetulan, dua rakyat Malaysia dinafikan memasuki Jerman pada Selasa lalu walaupun telah menerima dua dos vaksin Sinovac dan satu dos penggalak Pfizer-BioNTech.

Dilaporkan adik-beradik itu, yang mengikuti percutian keluarga untuk menyambut Ramadan, mematuhi semua protokol saringan yang ditetapkan oleh agensi pelancongan dan syarikat penerbangan, namun dilarang oleh pihak berkuasa Jerman, yang didakwa berkaitan vaksinasi Sinovac mereka.

Pada masa ini EMA hanya mengiktiraf Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Johnson&Johnson dan Novavax.

Sementara itu, Sinovac telah disemak oleh EMA sejak 4 Mei 2021.

Sehingga 23 Mac, 31.2 peratus daripada jumlah dos vaksin yang diberikan di Malaysia adalah Sinovac.

Bagaimanapun Khairy mendedahkan 2.9 juta penerima Sinovac masih belum menerima dos penggalak mereka.

Sementara itu, Khairy mengumumkan sijil vaksinasi dalam MySejahtera akan diiktiraf oleh blok Kesatuan Eropah dalam masa terdekat.

"Saya dimaklumkan oleh pihak Mosti (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) semalam bahawa pihak Kesatuan Eropah akan senaraikan MySejahtera dalam aplikasi yang diterima dalam sistem digunapakai oleh Kesatuan Eropah.

“Ia akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo