NOTIS:

Belum ada lagi....

Ekuinoks Mac akan berlaku mulai minggu hadapan

0

MOSTI kini berkongsi mengatakan peristiwa Ekuinoks Mac akan berlaku pada minggu hadapan, pada 21 Mac 2022.

Ketika tarikh berkenaan, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan khatulistiwa pada sepanjang hari. Peristiwa ini dinamakan sebagai Ekuinoks. Disebabkan oleh kedudukan matahari ini juga, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yag sama panjang, iaitu 12 jam siang, dan juga 12 jam malam.

Ini juga turut membawa kepada berlakunya waktu tengahari “tanpa bayang”. Hal ini adalah kerana kedudukan matahari yang benar-benar di atas, membuatkan tiada bayang-bayang yang terhasil.

MOSTI mengatakan peristiwan tengahari tanpa bayang akan berlaku di Malaysia sedikit lewat selepas ekuinoks, iaitu di Kota Tinggi pada 25 Mac 2022, di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 28 Mac 2022, sementara di Kuala Terengganu pada 3 April 2022.

Berkongsi mengenainya juga, National Geographic mengatakan perisitwa ini mungkin memberikan kesan terhadap satelit di angkasa, Disebabkan oleh kedudukan matahari sepanjang tempoh berkenaan yang berada terus diatas titik subpolar, satelit akan menerima radiasi solar secara terus – membawa kepada sedikit gangguan pada gelombang.

Ini sekaligus mungkin membawa kepada gangguan untuk satelit komunikasi yang mengorbit sekitar, sekaligus membawa kepada pelayaran internet yang perlahan, gangguan statik radio dan juga gangguan siaran televisyen.

Sumber | Amanz 




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo