NOTIS:

Belum ada lagi....

Perkhidmatan Telegram digantung di Brazil


Mahkamah tinggi Brazil telah mengeluarkan arahan penggantungan aplikasi Telegram di negara tersebut. Kesemua syarikat telekomunikasi telah diarahkan supaya melakukan sekatan ke atas Telegram dengan kegagalan untuk mematuhi akan dikenakan denda R$100,000 (~RM83.000) sehari.

Google dan Apple turut telah diarahkan supaya membuang aplikasi dari Play Store serta App Store. Pada waktu ini kedua-dua gergasi Internet ini masih enggan membuang aplikasi dari gedung aplikasi mereka. CEO Telegram Pavel Durov telah pun memohon maaf kesilapan yang dilakukan dan meminta mahkamah menangguhkan arahan selama beberapa hari sementara syarikat berusaha untuk meningkatkan pematuhan.

Aplikasi pemesejan ini telah diharamkan selepas ia enggan memberikan kerjasama dengan Polis Persekutuan Brazil untuk menyerahkan data pengguna bagi membantu siasatan jenayah. Di Brazil aplikasi turut digunakan untuk penyebaran maklumat palsu serta menjadi platform pilihan penjualan barang terlarang seperti dadah dan senjata.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo