NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dijerat beli mata wang permainan, pelajar universiti rugi RM42,500


KUANTAN: Seorang pelajar universiti awam kerugian RM42,500 berikutan terperdaya untuk membeli mata wang permainan dalam talian yang tidak wujud, termasuk dengan menggunakan duit simpanan ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 22 tahun itu dipercayai terjerat selepas melihat iklan jualan mata wang itu dalam Instagram, kelmarin.

"Mangsa dikatakan tertarik untuk membeli kerana harga ditawarkan itu jauh lebih rendah berbanding jualan di platform dalam talian yang lain.

"Susulan itu, mangsa berminat mendapatkan 38,400 mata wang pada harga RM600, dan membuat bayaran pada hari sama melalui perbankan dalam talian ke akaun diberikan suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian diminta membuat bayaran tambahan kononnya untuk pelbagai kos, termasuk caj penukaran mata wang berkenaan.

Justeru, katanya, mangsa dipercayai terperdaya sehingga melakukan 10 transaksi pembayaran ke dalam tiga akaun bank yang berasingan membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM42,500.

Selain menggunakan wang sendiri sebanyak RM1,705, beliau berkata, mangsa dikatakan turut membuat pembayaran itu dengan mengakses perbankan dalam talian milik ibunya yang juga seorang pesara awam.

Mohd Wazir berkata, wanita itu dikatakan pernah memberi kata laluan bagi transaksi perbankan dalam talian miliknya kepada mangsa atas urusan peribadi sebelum ini.

"Namun, mangsa mula berasa curiga dan mengesyaki ditipu kerana jumlah wang dibayar berpuluh kali ganda daripada harga asal jualan yang ditawarkan.

"Berikutan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading, di sini, semalam, untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun berserta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo