NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Netflix gantung perkhidmatan di Rusia

Netflix kini menyatakan mereka telah menggantung perkhidmatan penstriman mereka di Rusia. Ini sekaligus akan memberikan kesan terhadap sekitar 1 juta pelanggan di Rusia yang mengakses perkhidmatan penstriman berkenaan.

Netflix mengambil langkah ini disebabkan oleh pencerobohan oleh Rusia, dan peperangan antara Rusia dan Ukraine.

Sebelum ini, Netflix juga telah menghentikan semua penerbitan dan pembelian kandungan di negara tersebut.

Selain Rusia, beberapa penyedia lain turut telah menghentikan jualan dan penawaran perkhidmatan mereka di negara berkenaan.

Sumber | Amanz





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo