NOTIS:

Belum ada lagi....

COVID-19: 15,215 kes baharu, 99.1 peratus kategori 1 dan 2

Jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti COVID-19 di negara ini kini meningkat kepada 4,167,418.

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 15,215 kes baharu COVID-19 pada Selasa.
Daripada jumlah itu, 14,965 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala baki 250 kes import.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 15,081 kes (99.12 peratus) adalah kategori satu dan dua manakala 134 kes (0.88 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 4,167,418.
Sebanyak 282 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 176 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 24,154 kes.
Semalam juga, dua lagi kluster baharu direkodkan, dengan 214 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.89, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.05.
Sumber | AstroAwani



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo