NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CITF-C perinci pemberian vaksin Sinovac untuk kanak-kanak

Perincian perihal pemberian vaksin Sinovac kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C). - Foto hiasan

BAGAN SERAI: Perincian perihal pemberian vaksin Sinovac kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) malam ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat itu bersama pakar dalam Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG).

"Semua tahu Pfizer adalah vaksin yang pertama diluluskan secara bersyarat pada 6 Januari lalu untuk kanak-kanak dan kita telah memberikan hampir satu juta (dos pertama vaksin COVID-19) melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

"Pada dasarnya, Sinovac hanya diberikan kepada mereka yang ada alergi dengan Pfizer namun kita akan buat keputusan muktamad malam ini setelah perbincangan pelbagai pihak termasuk dengan TWG dan pakar-pakar dalam Kementerian Kesihatan," katanya di Bukit Merah Laketown Resort hari ini.

Dr Noor Azmi, yang juga Pengerusi CITF-C, berkata mesyuarat itu akan turut membincangkan kaedah pemberian vaksin kepada pihak sekolah dan swasta selain meminta orang ramai khususnya ibu bapa bersabar kerana bekalan vaksin mencukupi.

Khamis lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penggunaan vaksin CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd Malaysia kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah diluluskan.

Beliau memaklumkan kelulusan bersyarat itu dipersetujui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo