NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Asrama Madrasah Darul Ulum terbakar

Tingkat atas asrama Madrasah Darul Ulum Al Mukhsin musnah dalam kebakaran malam ini. - Foto NSTP/Zaid Salim

KUALA NERUS: Asrama Madrasah Darul Ulum Al Mukhsin di sini musnah dalam kebakaran jam 8.10 malam tadi.

Bagaimanapun semua lapan penghuni asrama pusat tahfiz berkenaan yang ketika itu sedang mengikuti kelas pengajian al-Quran di luar bangunan itu terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 8.12 malam sebelum menggerakkan 25 anggota dengan dua jentera bomba ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, api marak membakar bahagian atas rumah dua tingkat yang dijadikan asrama. Bahagian berkenaan yang menempat bilik tidur sudah 80 peratus terbakar," katanya.

Katanya, operasi pemadaman segera dilakukan bagi mengawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran. Terdapat dua lagi kediaman yang dijadikan asrama di kawasan berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan lapan pelajar lelaki berusia lingjungan 13 hingga 18 tahun tinggal sehelai sepinggang apabila semua pakaian dan kelengkapan sekolah terbakar.

Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih disiasat.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo