NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cara untuk sahkan akaun MySejahtera anda?


Pada minggu ini, aplikasi MySejahtera telah mengeluarkan kemaskini baharu, sekaligus menambah label “Verified” atau “Sah” pada nama pengguna di aplikasi berkenaan.

Pihak MySejahtera mengatakan mereka yang mempunyai label akaun yang disahkan, boleh menggunakan sepenuhnya pelbagai ciri-ciri pada aplikasi MySejahtera. Ini termasuk untuk melihat sijil vaksinasi dan sebagainya.



Bagi anda yang menggunakan MySejahtera, dan masih belum mengesahkan akaun, boleh melakukannya dalam empat langkah mudah.

Untuk melakukan pengesahan, anda hanya perlu klik pada butang “Sahkan Segera” dibawah nama pada halaman utama MySejahtera.

Seterusnya, pada halaman yang dibuka, sila pastikan maklumat diri yang tertera adalah betul, dan klik pada butang “Sahkan”. Klik “Ok” pada tetingkap yang dipaparkan seterusnya.

Sebaik sahaja selesai, ada akan melihat kemaskini butang “Sah” bersebelahan nama anda.

Dengan mengesahkan akaun, anda boleh mengakses sijil vaksinasi, membuat tempahan dos pengalak dan sejumlah perkara lain melalui aplikasi MySejahtera.

Sumber | Amanz


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo