NOTIS:

Belum ada lagi....

Bukan sengaja lewatkan buka sempadan, tetapi Singapura belum sedia

0
Khairy (kanan) ketika melakukan lawatan ke Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang. - FOTO NSTP/ HAIRUL ANUAR RAHIM


SEGAMAT: Dakwaan kononnya kerajaan sengaja melewatkan pembukaan sempadan negara bagi menghalang kemasukan pengundi luar khususnya yang bekerja di Singapura sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak benar.

Menafikan dakwaan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebaliknya negara jiran Singapura belum bersedia untuk membuka sepenuhnya sempadan mereka, meskipun Malaysia sudah membuat keputusan untuk itu bermula 1 April ini.

"Saya jawab apa dikatakan pembangkang berkaitan sempadan negara kita dengan Singapura kerana kebanyakan pengundi luar Johor yang berada di luar negara, sebahagiannya berada di Singapura. 

"Saya maklumkan bahawa pihak Singapura sendiri belum sedia buka sempadan negara dan (apabila) saya bangkitkan perkara ini, pihak Singapura minta tunggu dulu buka sempadan darat.


"Malah, walaupun kita sudah setuju buka bermula 1 April, dia (Singapura) belum setuju buka sempadan mereka. Jadi di sini bukan salah kita yang mana kita telah bersedia, tetapi mereka kata belum sedia buka sepenuhnya sempadan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu menyantuni penduduk Kampung Tengah bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Anuar Manap, hari ini.


Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan mana-mana pihak, sebaliknya memahami keputusan kerajaan dalam skop lebih luas. 

"Saya harap jangan dipolitikkan isu ini sebab mereka yang bangkitkan isu ini termasuk Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mungkin tidak faham situasi sedang berlaku," katanya.

Sebelum ini, Anwar mempersoalkan keputusan kerajaan hanya membuka pintu sempadan negara bermula 1 April, berbanding sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini.

Sumber | BH Online

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo