NOTIS:

Belum ada lagi....

Basikal roda berbentuk infiniti dihasilkan

0

Secara lazim basikal dilengkapi dua tayar berbentuk bulat satu di hadapan dan satu lagi di belakang. Ini ialah rekaan klasik sejak dari awal basikal dicipta oleh Baron Karl von Drais pada kurun ke 19. Kini terdapat pelbagai spesis basikal seperti beca, dab tri-sikal. Spesis basikal akan bertambah sekiranya konsep basikal infiniti oleh Stephan Henrich menjadi realiti.

Konsep basikal infiniti oleh pereka dari Jerman ini mempunyai tayar yang berbentuk simbol infiniti. Tayar terdiri daripada gegelung besar yang mengecil di bahagian tengah tubuh untuk disambung kepada gear kayuh. Menurut Henrich, basikal akan dihasilkan menggunakan teknik cetakan 3D.

Dua injap digunakan untuk menyerap hentakan ketika basikal digunakan. Pada waktu ini basikal infiniti masih sekadar konsep tetapi jika menjadi realiti pastinya menjadi antara yang paling aneh pernah wujud dalam sejarah.

Sumber | Amanz



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo