NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Susulan peningkatan kes Covid-19, PH mohon PRN Johor ditangguhkan


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) meminta kerajaan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan peningkatan kes COVID-19 berpunca akibat varian Omicron.

Gesaan itu dibangkitkan Majlis Presiden PH bagi memastikan tiada pihak menjadikan peningkatan kes COVID-19 sebagai alat bagi tujuan politik.

"Majlis Presiden memandang serius gelombang COVID-19 dengan varian Omicron yang mencecah 17,000 kes semalam. Demi memastikan keadaan ini tidak diperalatkan untuk tujuan politik, maka kerajaan harus pertimbang untuk menangguhkan PRN Johor," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan bersama itu ditanda tangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Johor diadakan pada 12 Mac ini dengan hari mengundi awal ditetapkan pada 8 Mac manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

Bagaimanapun Majlis Presiden PH berkata, sekiranya kerajaan tidak melaksanakan penangguhan PRN, maka kempen terbuka termasuk ceramah harus dibenarkan.

"Yang pasti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh tidak boleh dikenakan kerana ia terbukti gagal sebelum ini," katanya.

Majlis Presiden PH turut memutuskan untuk mengadakan siri jelajah penamaan calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi selepas calon parti dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Sumber | BH Online





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo