NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tahan lelaki disyaki tipu jual beli baucar penginapan


SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terbabit dalam penipuan jual beli baucar penginapan sebuah hotel yang tidak wujud sehingga membabitkan kerugian RM24,440.

Difahamkan, lelaki berusia 56 tahun itu menawarkan baucar penginapan sebuah hotel terkemuka di Port Dickson dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga sebenar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani, berkata penahanan dilakukan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ke atas lelaki itu di Ampang, Selangor, pada 5 Februari lalu, selepas enam bulan diburu.

Beliau berkata, tindakan terhadap suspek dilakukan susulan laporan mangsa yang mengalami kerugian sebanyak RM1,214 pada Ogos lalu.

"IPD Nilai menerima satu laporan polis daripada seorang guru yang mendakwa ditipu dalam urusan jual beli baucar penginapan sebuah hotel tidak wujud pada 21 Ogos tahun lalu.

"Mangsa membuat pembayaran sebanyak RM1,214 bagi mendapatkan baucar berkenaan namun baucar yang diserahkan adalah tidak sah dan tidak wujud sebelum satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aibee berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki di Ampang dan merampas dua telefon bimbit serta satu kad ATM milik suspek.

"Hasil siasatan, polis mendapati ada 13 laporan polis lain yang bersangkut dengan kes ini, dengan jumlah kerugian RM24,440," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo