NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MET Malaysia keluarkan amaran hujan berterusan hingga 14 Februari

Orang ramai dinasihat lebih peka dan merujuk laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui keadaan cuaca terkini.- Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Luruan angin timuran dijangka berterusan sehingga 14 Februari menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri Pantai Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran hujan berterusan kategori waspada juga dikeluarkan bagi selatan Pahang dan timur Johor hari ini.

Ramalan itu berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

"Pada masa sama, cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir juga dijangka di negeri Pantai Barat Semenanjung, Barat dan tengah Sarawak serta Barat Sabah pada sebelah petang hingga awal malam, " kata MetMalaysia, hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo