NOTIS:

Belum ada lagi....

Tidak endah gesaan saintis, Sweden isytihar pandemik tamat

0
Orang ramai mula memeriahi kelab malam di bandar Malmo, Sweden, selepas kerajaan membatalkan semua larangan pandemik COVID-19. - Foto AFP

STOCKHOLM: Sweden membatalkan hampir semua sekatan dan menghentikan ujian saringan COVID-19 percuma, walaupun tekanan sistem penjagaan kesihatan kekal tinggi dan beberapa saintis menggesa lebih banyak kesabaran dalam memerangi pandemik itu.

Kerajaan Sweden sebelum ini memilih untuk tidak melakukan perintah berkurung sebaliknya menggunakan pendekatan sukarela sepanjang pandemik, namun mengumumkan akan membatalkan sekatan yang masih berkuat kuasa dengan mengisytiharkan COVID-19 berakhir, kerana vaksinasi dan varian Omicron mengurangkan kes dan kematian.

"Seperti kita ketahui, pandemik ini saya katakan ia sudah berakhir," kata Menteri Kesihatan Lena Hallengren kepada Dagens Nyheter selain menambah COVID-19 tidak akan lagi diklasifikasikan sebagai bahaya kepada masyarakat.

Sejak semalam, bar dan restoran sekali lagi dibenarkan beroperasi selepas jam 11 malam tanpa had bilangan tetamu. Had kehadiran bagi tempat tertutup lebih besar juga ditarik balik serta penggunaan pas vaksin.

Biarpun hospital di Sweden masih mengalami tekanan dengan kira-kira 2,200 kes COVID-19 memerlukan penjagaan hospital, hampir sama semasa gelombang ketiga pada musim bunga 2021.

Memandangkan ujian saringan COVID-19 percuma dikurangkan sejak awal bulan ini dan dihentikan mulai semalam, tiada siapa mengetahui bilangan kes yang tepat.

Profesor virologi di Universiti Umea yang juga antara pengkritik paling tegar terhadap dasar larangan sekatan pergerakan Sweden, Fredrik Elgh, berkata kerajaan perlu bersabar sedikit lagi, sekurang-kurangnya beberapa minggu lagi dan berkeupayaan untuk terus membuat saringan.

"Penyakit ini masih menjadi beban besar kepada masyarakat," katanya.

Agensi Kesihatan Sweden minggu ini berkata, saringan berskala besar adalah terlalu mahal dan kerajaan membelanjakan kira-kira 500 juta krona Sweden (RM25.22 juta) seminggu bagi ujian selama lima minggu pertama tahun ini dan hampir 24 bilion krona sejak permulaan pandemik.

Sweden semalam, mencatatkan 114 kes kematian COVID-19 baharu, menjadikan keseluruhannya 16,182 kes. Bilangan kematian per kapita jauh lebih tinggi berbanding negara jiran lain, namun lebih rendah daripada kebanyakan negara Eropah. - REUTERS




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo