NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sepak kucing macam bola, Zouma dikenakan tindakan tegas


LONDON: West Ham hari ini mendenda Kurt Zouma "jumlah paling maksimum" kerana mengasari kucingnya ketika badan kebajikan RSPCA berkata mereka sudah mengambil dua haiwan pemain Perancis itu untuk dijaga.

Pemain berusia 27 tahun itu juga ditamatkan kontrak dengan pengeluar barangan sukan Adidas kerana video berkenaan yang menunjukkan dia menjatuhkan, menyepak dan menampar haiwan peliharaannya itu.

Organisasi membabitkan haiwan, RSPCA menggambarkan video itu sebagai "sangat menyedihkan" dan akan menjalankan siasatan sambil bekerjasama dengan polis.

Kira-kira 200,000 orang menandatangani petisyen dalam talian supaya Zouma dihadapkan ke mahkamah berikutan ia mencetuskan kemarahan umum di negara yang cintakan haiwan itu.

West Ham mengeluarkan kenyataan terbaru hari ini mengatakan Zouma bekerjasama dengan RSPCA, termasuk menghantar dua kucingnya kepada badan itu untuk penilaian.

"Selain siasatan oleh RSPCA dan menanti tindakan lain daripada proses berkenaan, West Ham United mengesahkan Kurt Zouma sudah didenda semaksimum mungkin selepas aksinya dalam video itu tular.

"Pemain itu sudah menerima denda itu dan diminta menderma kepada badan kebajikan haiwan."

Laporan mengatakan dia boleh didenda sekitar £250,000 (RM1.41 juta) dengan standard ditetapkan dalam kontrak Liga Perdana Inggeris membolehkan denda maksimum dua minggu gaji. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo