NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rumah punah dilanda angin kencang

Antara premis yang rosak dihempap objek dalam kejadian ribut di Kampung Baru Simpang Pulai - Foto NSTP/Bomba

IPOH: Beberapa kediaman dilaporkan rosak berikutan hujan dan angin kencang yang melanda Kampung Sengat dan Kampung Baru Simpang Pulai di sini, petang tadi.

Difahamkan, kejadian turut menyebabkan sebuah menara stesen pemancar sementara rangkaian telekomunikasi tumbang dan menghempap sebuah premis dipercayai rumah penduduk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Shaharudin Tuan Ali, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pokok tumbang di kawasan berkenaan selain mengenai sebuah rumah penduduk yang terjejas.

"Hanya satu rumah yang ditimpa pokok akibat ribut. Kerja pembersihan pokok tumbang akan dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada esok," katanya sewaktu dihubungi melalui WhatsApp malam ini.

Difahamkan, terdapat juga rumah kediaman lain di kawasan itu yang terjejas ekoran ribut yang melanda tetapi tidak sehingga memerlukan khidmat bomba.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kar Hing melalui hantaran di Facebook, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian ribut angin yang melanda Kampung Sengat dan Kampung Baru Simpang Pulai.

Hantaran itu memaklumkan pasukan yang ditubuhkan pihaknya menyusun gerak kerja ke lapangan iaitu kawasan yang dimaksudkan bagi bantuan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo