NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Itali cadang berikan suntikan vaksin COVID-19 keempat


MILAN: Kementerian kesihatan Itali mengesyorkan kepada individu yang mempunyai sistem imun yang teruk untuk menerima suntikan vaksin mRNA keempat bagi menentang jangkitan COVID-19.

Ia perlu dilaksanakan dengan syarat selepas sekurang-kurangnya tempoh 120 hari menerima dos penggalak yang diambil seseorang individu sebelum ini.

Kementerian itu berkata, pesuruhjaya khas yang dilantik kerajaan untuk kecemasan COVID-19 juga akan menetapkan bila tarikh syor terbabit dikuatkuasakan berdasarkan keperluan kempen vaksin negara.

Mereka juga menyatakan, keputusan itu adalah berdasarkan situasi jangkitan yang masih tinggi dan keberkesanan yang ditunjukkan oleh suntikan penggalak dalam mencegah kematian berkaitan COVID-19 serta gejala yang memerlukan kemasukan ke hospital.

Itali mencatatkan 152,848 kematian akibat COVID-19 sejak ia dikesan pada Februari 2020, sekali gus meletakkan negara itu di tangga kedua tertinggi di Eropah, di belakang Britain dan kelapan tertinggi di dunia.

Negara juga sudah melaporkan 12.4 juta kes setakat ini. - Agensi





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo