NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rugi RM109,200, Wanita terlalu naif membeli komputer riba


KUANTAN: Hasrat seorang wanita mahu membeli tiga komputer riba bukan saja tidak kesampaian, malah dia turut kerugian RM109,200 selepas membuat bayaran kepada penjual melalui urusan secara dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 32 tahun mendakwa berurusan dengan seorang lelaki menerusi nombor talian WhatsApp selepas melihat iklan penjualan barangan itu di laman sosial Instagram pada pertengahan bulan lalu.

"Mangsa tertarik untuk mendapatkan komputer riba itu dan memasukkan wang deposit sebagai tanda persetujuan sebelum diarahkan untuk memindahkan lebih banyak wang secara dalam talian ke lima akaun berbeza yang diberikan suspek atas pelbagai alasan.

"Antara alasan digunakan ialah kos penghantaran, urusan mengaktifkan kad jaminan, cukai kastam dan untuk melayakkan mangsa menyertai cabutan bertuah yang akhirnya tanpa sedar, mangsa membuat bayaran sebanyak 15 kali sehingga berjumlah RM109,200," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa mula berasa curiga kerana belum menerima komputer riba itu selepas hampir dua minggu berurusan, selain tindakan suspek yang semakin kerap menghubunginya bagi meminta lebih banyak wang sejak beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda. – BERNAMA

Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo