NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harapan Perdana Menteri supaya Tahun Harimau bawa kemakmuran, kesejahteraan


KUALA LUMPUR: Tahun Harimau sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini diharapkan terus mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini, selain membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Bukan sekadar masyarakat Cina, perayaan ini turut disambut oleh semua bangsa di negara ini. Ini melambangkan perpaduan kita, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi dengan kemeja berwarna merah dan diringi isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, disambut Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ismail Sabri kemudian menyertai barisan kepemimpinan MCA untuk bersama-sama menggaul 'Yee Sang' di awal majlis itu.

Turut hadir, barisan menteri Kabinet, antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, selain bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan terhad kepada 300 tetamu jemputan, berbanding kapasiti Dewan San Choon yang boleh memuatkan sehingga 1,500 orang.

Sambutan itu turut disiarkan secara langsung di laman Facebook MCA dan dimeriahkan dengan tarian singa, persembahan kebudayaan serta nyanyian. - BERNAMA

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo