NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor: 15 calon daripada PAS wakili PN


JOHOR BAHRU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Pengumuman itu dilakukan pada Majlis Memperkenalkan Calon PN PRN Johor 2022 yang diadakan di Pulai Springs Resort, dekat sini, petang ini.

Daripada 56 calon yang bertanding, 15 adalah daripada PAS termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdullah Husin bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang.

Calon Bersatu seramai 33 orang dan lapan daripada Gerakan.

Berikut ialah senarai calon daripada PAS.

DUN Pulai Sebatang: Ustaz Abdullah Husin, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

DUN Tenggaroh: Haji Roslan Nikmat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Yang Dipertua PAS Kawasan Mersing

DUN Tiram: – Dr Haji Abd Karim Deraman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

DUN Parit Yaani: Ustaz Ahmad Naufal Mahfodz, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

DUN Machap: Ustaz Azlisham Azahar, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor

DUN Senggarang: Khairul Faizi Ahmad Kamil, Penolong Setiausaha Agung PAS

DUN Jementah: Maimunah Safwah Musa, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Segamat

DUN Bukit Pasir: Nur Iqbal Razak, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pagoh

DUN Serom: Ustaz Rahmat Daud, AJK PAS Kawasan Ledang

DUN Kemelah: Normala Sudirman, Setiausaha PAS Kawasan Sekijang

DUN Simpang Jeram: Ustaz Zarul Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Bakri

DUN Tanjung Surat: Haji Selamat Ujud, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengerang

DUN Maharani: Abdul Aziz Talib, Yang Dipertua PAS Kawasan Muar

DUN Sri Medan: Halim Kepol, Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Sulong

DUN Paloh: Selvendran a/l Velu, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS – HARAKAHDAILY 24/2/2022




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo