NOTIS:

Belum ada lagi....

Pengislaman anak Siew Hong: UMMAH pertahan Mufti Perlis

0
Mohd Zai Mustafa


SHAH ALAM - Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong tindakan Mufti Perlis, Datuk Seri Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan akidah tiga orang kanak-kanak yang memeluk Islam secara sukarela walaupun masih mumaiyiz.


Pengerusinya, Mohd Zai Mustaffa berkata, kes melibatkan pertukaran agama secara sukarela merupakan pilihan yang perlu dihormati oleh semua pihak.

"Kes yang melibatkan pertukaran agama ayah mereka, Nagahswaran Muniandy secara sepihak dan mengizinkan anak mereka memeluk Islam secara sukarela adalah pilihan mereka yang perlu dihormati dan dipertahankan.

"Kita akan bertindak mengikut perundangan yang ada di negara ini sekiranya kes berkenaan dibicarakan di mahkamah," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Terdahulu Mohd Asri mengesahkan tiga kanak-kanak berumur antara 10 hingga 14 tahun sah memeluk Islam namun ibu mereka, Loh Siew Hong telah membuat laporan polis bagi meminta kepulangan anaknya yang didakwa ditahan seorang pendakwah wanita dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mualaf di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Siew Hong mendakwa telah berpisah dengan suaminya, Nagahswaran yang berbangsa India sejak Mac 2019 dan kemudiannya berpisah daripada anak-anaknya.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dilaporkan turut meminta polis menyiasat keberadaan tiga kanak-kanak itu.

Ramasamy menyifatkan kes itu seolah mengulangi apa yang berlaku kepada anak-anak Indira Gandhi selepas bercerai dengan suaminya yang memeluk Islam.

Sumber | Sinar Harian


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo