NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengarah syarikat rasuah pegawai KTMB RM2 juta ditahan SPRM


ALOR SETAR: Seorang pengaraha syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki merasuah pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Sumber memaklumkan, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan ketika hadir untuk memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada jam 3.10 petang tadi.

Katanya, suspek dipercayai memberi wang suapan berjumlah RM2 juta kepada pegawai dan kakitangan KTMB bagi tujuan membantunya untuk mendapatkan projek di negara jiran.

"Wang terbabit sebagai dorongan supaya syarikatnya mendapatkan kerja pembinaan jalan keretapi dan pembangunan pelabuhan di wilayah Songkhla di Thailand.

"Penggeledahan ke atas rumah dan pejabat lelaki terbabit turut dilakukan bagi mendapatkan dokumen berkaitan," katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan beberapa saksi penting yang terbabit dalam kes berkenaan juga sedang dilakukan SPRM.

"Rakaman penyataan ke atas suspek bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan saksi berkenaan sedang dilakukan.

"Suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok bagi mendapatkan perintah reman," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo