NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

4 pusat kecantikan sedia khidmat rawatan estetik diserbu KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan empat pusat kecantikan di tiga negeri yang menggunakan peralatan perubatan serta ubat-ubatan disyaki untuk rawatan estetik, yang hanya boleh digunakan pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain dua premis di Kuala Lumpur, baki dua lagi membabitkan masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.

Serbuan dilakukan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) hasil kerjasama Jabatan Imigresen. Ia Ia turut disertai CKAPS Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

"Ketika serbuan dilakukan, KKM menemui beberapa peralatan perubatan serta ubat-ubatan yang disyaki digunakan dalam rawatan estetik dan ia hanya boleh digunakan pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

"Peralatan pergigian disyaki digunakan untuk tujuan rawatan turut ditemui di premis berkenaan.

"Siasatan awal KKM mendapati premis itu turut menyediakan suatu rawatan estetik yang hanya boleh disediakan di fasiliti kesihatan berdaftar dan berlesen dengan KKM, serta dijalankan pengamal perubatan berkelayakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes disiasat mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) kerana disyaki menyediakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak berdaftar atau berlesen.

Katanya, ia selaras ketetapan Seksyen 3 dan/atau Seksyen 4, Akta 586 dan boleh disabitkan kesalahan bawah Seksyen 5, akta sama.

"Mana-mana individu didapati melakukan kesalahan mengikut seksyen ini, boleh didenda RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

"Bagi suatu kesalahan yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan boleh didenda sehingga RM500,000," katanya.

Oleh itu Dr Noor Hisham menasihatkan orang awam yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan estetik, supaya mendapatkan rawatan di Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) berdaftar atau berlesen bawah Akta 586 melalui khidmat pengamal perubatan yang mempunyai Letter of Credentialing and Previleging (LCP), bagi memastikan perkhidmatan jagaan kesihatan yang diterima adalah selamat dan berkualiti.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo